Terima kasih kepada para pelanggan dan pengguna produk-produk Muna Asy Syifa' di atas kepercayaan kalian menggunakan produk kami. Penghargaan yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi untuk berkongsi pengalaman kepada semua. Testimoni di bawah merupakan pengalaman sebenar mereka yang telah menggunakan produk kami. Mudah-mudahan sedikit -sebanyak dapat membantu dan memberi gambaran kepada pengguna baru. Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian. Jazakumullahu khairan kathira...

Our products


MyCartopia.com Click here to get one

Saturday, June 7, 2008

TESTIMONI SIHAT WANITA

kulit putih,gebu

salam...
saya baru makan sihat wanita 2 botol. Selama ni saya tak perasan apa perbezaan yang saya alami setelah makan jamu ni. Tapi bila suami saya tegur baru lah saya tahu... suami saya bagi tahu kulit saya MAKIN HALUS & GEBU.

Dulu saya pernah makan ubat hormon untuk cegah hamilan, badan saya naik dan pada kulit badan mcm ada KUTIL2 KECIK, BANYAK DAN BWARNA COKLAT KEHITAMAN di bahgian leher sehingga bahu,. Sekarang kutil2 tu makin hilang dan mengecil... TK Muna AsSyfa

maktok sarah (testi yg dlhantar terus diruangan komen dibawah, tksh maktok)

puas hati, hilang lesu dan malas

mmg klu ikutkan sya pun takut tang pil2 nih..tp klu jamu yg ni sya tak takut sbb jamu 100%..xde pengawet...saya sebulan selidik tang produk2 syifa ni..puashati sbb sya sndiri amal sihat wanita..hilang lesu dan malas sya ni kak..klu minat g tau je erk..insyaallah bkesan...rata2 yg beli puashati..klu ade yg tk serasi tu ikut badan..

Ros

Kuar darah period hitam dan berketul

masalah: perod datang tiap2 bln, hari kedua dah habis, sakitnya hanya tuhan je yg tahu

Kak tima kaseh ya bg nasehat aritu (mula2 mkn sakit, muna cadangkan kurangkan dos utk permulaan diikuti dos yg betul jk sakit dah tiada), mmg betul period kali ni kuar darah itam ketul2

Badan Cergas....

Kak saya dh makan sihat wanita & kacip fatimah tu..alhamdulillah badan rasa cergas....Saya nk bertanya saya berminat untuk menjadi pengedar apa cara termudah?

faredah,parit buntar

Banyakkan air susu..

Salam Wani (pengedar)..tqvm..mmg btlla mkn jamu nimbykkan air susu..dulu saya cukup takut nak makanjamu takut air susu kurang..ternyata jamu muna asy syifa ni bagus sangat!!

sms drpd customer


produk muna berkesan dalam waktu yg singkat

Askum...sy pn ina dr kjg..2-3 hr lps sy ada send email pd muna ttg mslh haid sy yg keluar sikit2 dan berpnjgn...ptg td sy dh dptkn produk muna spt kacip dan s.wnita...dpt aje..sy terus mkn! menakjubkn...saat sy mndi mlm td...haid sy keluar seketul..lembik mcm agar2 cincau..brwrna merah hitam. lega sy rasanya..brsyukur sgt2. tak sangka produk muna bertindk dlm masa yg singkat..selepas ni sy rasa yakin utk mncuba prodk2 herba dan ksihtn muna yg lain. sbb sy yakin dgn kesannya. terima kasih muna, terima kasih bnyak2...wslm.
(email drpd pn. ina..tksh)

Menyembuhkan stroke, mulut senget selepas bersalin..


"makci nak bg tau ni..biras pada anak makcik ni umur 30an, cantik orangnya..tapi entah kenapa selepas bersalin jerr (anak ke3) mcm jd stroke terus kat mulut dia senget..doktor pun tak tau nak buat apa..tapi alhamdulillah, lepas dia ambik Sihat Wanita dan Kacip Fatimah dia dah sembuh dan senget pada mulutnya hilang. Ni makcik pun nak beli pulak sebab tombong macam nak terkeluar kerana makcik jaga cucu byk angkat2 agaknya.."
Makcik, Rawang.

Badan x sihat selepas bersalin..
Dulu isteri saya pakai set bersalin Axxxx, tapi badan seram sejuk tak selesai..macam demam, x sihat berpanjangan. Bila makan Sihat Wanita alhamdulillah..badan saya ringan dan sembuh daripada masalah tu. Sekarang saya dah pun menjual jamu2 ni..
Suami prihatin, PJ.

Badan sihat, pulihkan sakit/demam berpanjangan, lancarkan/ tambah darah

"Saya belum berkahwin. Dahulu saya sering demam, selsema, lesu, lemah badan pucat dan kesihatan sering tak menentu. Walaupun duit dah banyak saya laburkan untuk membeli ubat-ubatan moden termasuk menelan pelbagai vitamin tetapi semua itu tidak memberi kesan. Saya sering terbaring kerana sering tidak sihat.Paling menyedihkan, prestasi kerja saya merosot. Keadaan berubah sama sekali apabila saya diberi sebotol SIHAT WANITA untuk dimakan dan DEDAUN MANDIAN HERBA SAUNA sebagai mandian oleh kakak, teman sekerja saya. Sehari saya menggunakan kedua-dua produk itu telah menampakkan hasil di mana saya rasa amat segar, cergas dan bermaya.

Saya rasai satu kelainan yang amat berbeza sama sekali.Wajah saya kelihatan kemerah-merahan. Saya berasa hairan biasanya jika saya memakan jamu atau herba saya akan demam kerana panas tetapi kali ini tidak, kes yang sama berlaku pada kawan saya yang sensitif pada jamu. Saya difahamkan rupanya jamu ini mempunyai tahap kepanasan minima dan amat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah seperti saya dan kawan saya tadi.Sehingga sekarang saya terus menggunakan produk ini sebagai makanan tambahan dan bukan itu sahaja, malah saya telah membelikan SIHAT WANITA untuk ibu dan SIHAT LELAKI untuk bapa saya. Alhamdulillah…”
--Noor, Setapak.

Hilangkan sakit badan, letih, keluarkan angin dalam badan
“Saya telah berkahwin dan mempunyai anak. Saya bekerja sebagai penyelia kantin di sebuah sekolah. Saya sering letih dan sakit-sakit anggota badan setiap hari.ditempat kerja dan di rumah. Keletihan yang saya alami mendorong untuk saya mengambil SIHAT WANITA pada petang itu. Malam itu, saya rasa badan ringan dan sakit-sakit hilang dan saya sentiasa terkentut dan sendawa. Pengalaman itu saya kongsikan bersama suami sehingga suami saya pun turut mengambil SIHAT WANITA dan dia turut merasa perkara yang sama sehingga dia mengambilnya buat kali kedua pada keesokan paginya.”
-Miah, Keramat.

Hilangkan kekejangan otot, pitam dan lemah
"Saya berumur akhir 30-an. Menghadapi masalah anemia kronik. Selalu, apabila bangun tidur, saya akan berasa sakit-sakit otot, jari jemari saya kejang. Saya mudah pitam dan lemah. Alhamdulillah, baru 2 kali saya mengambil SIHAT WANITA semuanya hilang. "
-Pn. Ham, K.Lumpur.

Selesaikan penyakit barah angin
"Saya belum berkahwin, mengidap penyakit barah angin. Saya selalu berasa tidak sihat dan selesa. Alhamdulillah, sejak mengambil SIHAT WANITA, masalah saya dapat diselesaikan"
-Zilah, Ampang.

Muka merah berseri, hilang senggugut, suami suka
"Saya berumur 51 tahun. Sejak makan Sihat Wanita dan Kacip ni...anak saya kata muka saya merah dan berseri. Senggugut pun dah takde. Suami pula tersengih je...katanya macam dulu-dulu"
--Pn. Nor, Melaka.

Menambah tenaga, hilangkan sakit badan dan keletihan
"Kami selalu mengamalkan makan SIHAT WANITA untuk mengatasi masala sakit-sakit badan, sengal dan letih kerana bekerja. Kami dapat rasakan badan ringan dan segala sakit dan sengal, hilang dengan mengamalkan SIHAT WANITA ini. kami rasa semua wanita bekerja perlu mengambilnya kerana ia amat penting untuk memastikan tubuh badan segar dalam keadaan kita keletihan. Banyak membantu...cubalah.
--Ina, Ima, fiz
a. Selangor.

Menegangkan payudara , melancarkan perjalanan darah
"Saya telah mengambil SIHAT WANITA dan saya dapati breast terasa tegang serta terasa seperti pengaliran darah berjalan dengan baik seolah-olah seperti ada proses pengaliran air susu sewaktu saya menyusukan bayi"
--Yah, Gombak.

Sembuhkan tangan terseliuh dan kebas tangan, tambah tenaga
"Tangan saya telah pulih daripada sakit terseliuh serta kebas sebaik beberapa minit saya mengambil SIHAT WANITA . Sehingga kini saya terus makan lebih-lebih lagi untuk memberi tenaga sepanjang hari"
--Nis, Rawang.

Memanaskan peranakan, elak ejakulasi pramatang pasangan.
"Saya mengamalkan makan SIHAT WANITA untuk memastikan tenaga yang cukup dan hilangkan sakit badan setelah penat bekerja. Suami menggalakkan dan memberitahu bahawa peranakan/ rahim saya terasa hangat/ panas apabila bersama dan tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Dia terasa selesa kerana ia membantu untuk lebih tahan lama"
--Lie, K.L

Sembuhkan sakit pinggang, belakang
"Saya sering sakit pinggang dan belakang yang teruk kerana letih bekerja. walaupun telah diurut tetapi masih tidak sembuh. Namun, setelah mengamalkan SIHAT WANITA semuanya tiada lagi"
Leha, Banting.

Sembuhkan sakit urat, tegang urat di pinggul
"Saya pernah terjatuh satu ketika dahulu. Kesannya, sehingga kini terasa sakit dan ngilu. Ini menyukarkan saya bekerja dengan baik lebih-lebih lagi yang memerlukan pergerakan aktif sebagai pelayan kedai makan. Setelah mengambil SIHAT WANITA botol yang pertama, saya rasa amat selesa hingga saya mengambil semula untuk botol yang kedua"
--Mira, Pandan.

Lawas buang air besar, buang angin, sembuh sakit kepala
"Badan saya banyak angin dan selalu menghadapi masalah jika tersilap makan. Setelah mengambil SIHAT WANITA saya selalu sendawa dan terkentut. Badan tersasa ringan dan lega. sakit kepala pun semakin jarang berlaku"
--Ima, K.L

Sembuhkan sakit tumit, hilangkan sakit badan/ letih
"Saya menghadapi masalah sakit tumit walaupun tubuh saya tidaklah gemuk. saya juga sering sakit badan kerana letih bekerja. Nak urut, tidak sempat. Sayapun mengambil SIHAT WANITA dan hasilnya amat baik sekali kerana ia dapat membantu menghilangkan sakit-sakit yang saya alami, angin pun kerap keluar"
--Ina, Melawati.

Keluarkan darah kotor, bersihkan peranakan.
"Setiap kali semasa period dan selepas bersalin saya sering mengeluarkan darah yang berwarna hitam pekat sebaik saya makan SIHAT WANITA. Pada mulanya agak risau juga, tapi setelah dijelaskan oleh pihak Muna dan saya sendiri terasa selesa, saya berpuashati dengan hasilnya"
--Zah, K.L

Period tidak berbau/ hanyir
"Sejak saya makan SIHAT WANITA, darah period saya tidak lagi berbau dan saya amat selesa dengan keadaan ini"
--Zah, K.L

Menambahkan air susu/ susu tidak hanyir
"Saya menyusukan bayi sehingga umurnya mencecah 3 tahun. Walaupun pemakanan saya tidak seimbang (memilih makan), alhamdulillah ia sentiasa cukup dan paling menyelesakan ia tidak hanyir"
--Lie, Keramat.

Period datang semula pas 3 bulan tak datang
"Seronoknya saya period semula. Bayangkan dah 3 bulan x datang tiba-tiba. siapa yang tak risau. Pas saya makan belum sampai seminggu, ia datang semula. Syukur.."
--Cik Norshila, 17 tahun. Rawang.

Period tak datang, badan rasa tak menentu
"Dah lama juga haid saya tak datang, tak tau kenapa...sudahnya, badan saya tak selesa. Perut sangat sebu dan senak. Badan sakit-sakit, hingga saya berjumpa dengan Muna dan ingin mengambil Set Bersalin untuk saya pakai semahunya dengan harapan keadaan saya boleh pulih. Bila dia tahu saya sebenarnya tidak mengandung pun, dia terus menasihatkan saya ambil Sihat Wanita dan Kacip Fatimah. Dia kata 2 set jamu ni dah cukup. Setelah 2 minggu saya makan, keluar sedikit darah warna coklat dan terhenti begitu saja. Dia beri Tapal perut untuk atasi masalah perut yang tak selesa. Syukur alhamdulillah...period saya keluar seperti biasa. Sakit-sakit badan pun hilang"
--Pn. Ani, Bangi.

Jamu akak ni power lah..
" Kak, ni nak bagi tahu ni...tapi malulahhe he. sejak makan jamu kak rasanya macam anak dara baliklah. Terima kasih kak.."
Pn. Aida, Perak.

Atasi masalah senggugut...
"Saya paling ngeri bila dah tiba time period mesti mengalami senggugut yang teruk. Satu hari tgh sakit sangat...kak Muna suruh saya ambil Sihat Wanita atas meja dia. Bila saya makan 2 biji...rasa ketul2 dan menggelodak dalam perut saya hilang. Sakit pun beransur sembuh. Saya pun terus beli Sihat Wanita tu untuk bekalan saya"
--Mila, KL.

Hilangkan sengal dan sakit badan kerana letih bekerja.
"Kak tiap malam sering rasa letih kerana tugasan mengemas rumah di dalam dan luar yang banyak. Sejak makan Sihat Wanita, badan rasa ringan, tumit pun tidak sakit lagi. Minyak Terapi memang dah standby untuk urut lenguh2 atas katil"
--Kak Esah, Dengkil.

Rasa segar, hilang mengantuk...
"Hari ni kak rasa hairan nape tak ngantuk cam selalu, cergas...walaupun sedang puasa sunat...oooh..barulah teringat, baru Ist time hari ni ambil Sihat wanita"
--Fuzi, KL

Mengatasi masalah senggugut
"Selalu kalau period, senggugut saya teruk sangat sampai x boleh jalan..tapi bila dah amal makan Sihat Wanita sakit semakin berkurangan dan boleh bergerak seperti biasa..alhamdulillah.
--Ja, KL.

Payudara tegang
"Saya x perasan pun kelebihan Sihat Wanita ni dapat menegangkan payudara..tapi bila kawan2 bacakan, barulah saya perasan sejak makan Sihat Wanita ni payudara yang bersais kecil rasa lebih tegang dan puting timbul"
--J, KL.

1 comment:

maktok sarah said...

salam...
saya baru makan sihat wanita 2 botol. Selama ni saya tak perasan apa perbezaan yang saya alami setelah makan jamu ni. Tapi bila suami saya tegur baru lah saya tahu... suami saya bagi tahu kulit saya MAKIN HALUS & GEBU.

Dulu saya pernah makan ubat hormon untuk cegah hamilan, badan saya naik dan pada kulit badan mcm ada KUTIL2 KECIK, BANYAK DAN BWARNA COKLAT KEHITAMAN di bahgian leher sehingga bahu,. Sekarang kutil2 tu makin hilang dan mengecil... TK Muna AsSyfa